Friday, April 12, 2013

They have been adopted..Yeayyy!!!

Assalamualaikum readers..

Seminggu gak tak update huahuahua...busy kah aku smpai tak update blog ni????..ke sebab aku yang malas kuang3...Okeyyhhh..setelah selama seminggu mencari tuan baru untuk Si Putih,the kids and The Kitten..finally they have been adopted..yeayyy!!!
Haaa..Si Hitam yang lincah ni dah ada yang adopt..macam anak beruang matahari tu kan????comelll je..dah la kuat main lak tu. Tuan baru diaorang gegirl dari Manjung.

Dua ekor budak kecik ni lak pun dah ade tuan baru, tuan baru diaorang sanggup nak jaga dua ekor sekaligus sebab dia mmg sayang kucing katanya..yang ni tuannya boboy dari Penang..sanggup datang Manjung sendiri nak amik dua ekor budak kecik ni..baik betul dia..

Tapi...dengan syarat aku cakap kat diaorang kena amik lepas diaorang putus susu..selewat2nya end of April ni la..diaorang bersetuju..Thanks to Allah S.W.T. sebab bagi budak2 kecik ni peluang untuk dapatkan kasih sayang yang baru..Aminnn...

Si Putih ni je yang belum ada yang nak adopt but still cari tuan untuk dia..hope dia akan ok bila berpisah dengan anak2 dia nanti..isk3..sedih pulak huhuhu..tapiiiii sekarang pun dah gatal balik haishhhh..Putih..Putih..
hope someday akan ade yang nak adopt Putih nanti..

Will be upload pic the moment tuan baru diaorang amik budak2 kecik ni nanti okeyyyyhhh;p

Ainul

Wednesday, April 3, 2013

Si Putih, the kids and The Kitten

Assalamualaikum kawan-kawan..
seperti yang dijanji entri kali ni nak upload pic Si Putih bersama anak2 and The Kitten yang survive tu..

Ni la gambar Si Putih sekeluarga..comel kan..????


Si Hitam dengan Oren ni anak Si Putih.
lahir 28 Februari 2013..dah genap sebulan dah skang..
sangat lasak bermain okeyhhh..pastu suka buat muka comellssss huhu..
Si Hitam if tak silap betina, Si Oren plak jantan..
Okey..ni la Si Kitten yang survive itu ari..mata sebelah dia still byk taik mata lg..walaupun dah byk kali cuci..
tp tiap2 ari cuci..rsnya lama2 elok la tu..pic ni sehari lepas Si Kitten ni survive..amik pagi td huhu..
kecik lagi dia tapi dah xmengiau kuat macam ritu dah..
jangkaan umo xdpt dikenal pasti tp rasa2nye x sampai sebulan lagi..jantina pun xsure sbb kck nau, ssh nak agak huhuhu...

Kepada kawan-kawan,cat lovers yang nak adopt budak2 comel ni boleh pm kat my FB okeyyy..

Ainul

Tuesday, April 2, 2013

Rescued the kitten

Assalamualaikum beauties....
After 'berperang' dengan demam dari hari Sabtu lepas, finally I get fully recover and start working today.
Semalam, pergi Klinik Zarina doktor bagi ubat ade la empat jenis kot huhu..
lepas merehatkan diri 1 ari dengan makan ubat2 doktor tu baru la rasa lega sket..
lau tak, asyik batuk je sampai sakit-sakit tekak huhhhh..Thank You Allah telah ambil dosa aku..

Okey..nak citer ni..start dari petang Sabtu tu ade la terdengar suara kitten ni kuat sangat mengiau xberenti..
Ingatkan kitten ni ade la tuan dia, so just biar je..
rupa-rupanya sampai ke pagi esok still mengiau..risau keadaan kitten ni, me and my mom pun pergi la jenguk2 kat belakang umah..kesiannnya..sekor2 dia je kat dlm bakul umah jiran tu..jiran tu plak xde pergi bercuti..me and my mom pun try la feed the kitten tp susah sbb dia kecik sangat lagi about 2-3 weeks I think..

Me and my mom pun cuba la letak dalam bakul kat umah jiran tmpt mula2 jumpe kitten tu dengan harapan ibu kitten tu akan datang cari kitten tu blk..tp bila malam suara kitten tu still kedengaran jugak..
tapi mcm makin jauh dari tempat yang me and my mom letak tu..so malam tu me and my mom pun cari la suara kitten tu dengan torch light abah yang dah x berapa nak terang tu huahuahua.....

Rupa2nya..kitten tu dah terjatuh dalam longkang, habis satu badan dia..nasib la longkang kat belakang rumah tu tak dalam..disebabkan kesian tengok kitten tu kesejukan, terus je bawak kitten tu masuk rumah dan my mom mandikan kitten tu dengan air suam pastu bungkus dengan towel.

Luckily, dalam bilik aku ade jaga ibu kucing yang asalnya kucing luar..tapi disebabkan dia baru je beranak and takut anak dia kena makan dengan kucing jantan, aku ambil keputusan tuk jaga Si Putih and the kids (sebanyak 2 ekor)..so aku jadikan Si Putih ibu tumpang untuk kitten yang aku and my mom rescue ni..

Alhamdulillah, Si Putih dapat menerima kitten yang yatim piatu ni dan susukan dia..me and my mom happy and lega...and you know what..rasa menyampah pulak dengan jiran-jiran yang ade kat sekeliling tu..
takde sorang pun terasa nak jenguk or feed the kitten yang mengiau 2-3 ari tu..even kitten tu jatuh kat longkang belakang umah diaorang pun buat xtau je..aku dengan muka xmalu ni pergi kat belakang umah diaorang amik kitten tu dari longkang..

So, skang kitten tu berada di bilik aku bersama dengan Si Putih and the kids..anak2 Si Putih pun boleh terima kitten tu..hujung bulan Mei nanti I think nak buat adoption untuk Si Putih and the kids and Si Kitten tu jugak..hope ada yang sudi nak adopt diaorang nanti

Insyallah, next entry will upload pic Si Kitten, Si Putih and the kids...comel-comelssss suma diaorang ni heeeeee....
Ainul

Friday, March 29, 2013

Layan Lagu

Assalamualaikum..beauties..dah VCO belum?
Jangan lupa VCO tau untuk kecantikan dalaman dan luaran..yang penting be positif and happy...sempat lagi promote tu huhu..

Hari ni on the way g keje ade la berkumandang lagu Ainan Tasneem 150 Juta..banyak kali dah dengar jadi suka la plak aku dengan lagu..semacam ade kena mengena dengan perangai aku yang on off moodnye nih huahuahua..

Jom layan lirik ngan MTV Ainan Tasneem - 150 Juta ni okeyyhhh----------->

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua





Ainul

Thursday, March 28, 2013

Me?....Pregnant?Alhamdulillah...

Assalamualaikum.. :)
Alhamdulillah..me, 6 weeks suda pregnant..sangat la hepi dengan rezeki dari Allah S.W.T. untuk kami berdua..after 1 year and 1 month, finally termakbul doa kami jugak akhirnya..

Mula2 test guna UPT tu minggu lepas sekali tp mcm awal je lg pastu mcm xcaya lagi huhu..tapi hubby soh gak test lagi tuk confirm. Makanya, Isnin ritu test lagi guna UPT and mmg confirm ade double line huhu..soknye, ari Selasa g klinik and doktor sahkan me..pregnant heee....doc scan nmpk ade bulat kecik je hihi..sukanyeeee..

Hope dapat jaga diri dengan baik dan beri yang terbaik tuk baby..mommy waiting for u baby, 20 November 2013.. :)

Ini sedikit sumber bacaan setelah menggodek-godek Mr.Google huhiiii...
(sumber bacaan : Pa Ma Karangkraf.Com - Tahniah, Anda Hamil! )
Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?

Anda mesti mempunyai banyak soalan. Tidak kira jika ini adalah kehamilan anda yang pertama atau anda ingin menambah ahli keluarga anda. Salah satu daripadanya ialah tentang penjagaan kesihatan. Sepanjang 40 minggu hamil, pelbagai perubahan fizikal dan mental yang anda dihadapi.  Oleh yang demikian, siapkan diri dengan segala info agar anda seronok sepanjang kehamilan.

 
8 Perkara Perlu Anda Tahu Untuk Kehamilan Sihat :

 
1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.


2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.


3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.



 5.  Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.


6.  Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.


7. Atasi Morning Sickness Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.


8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

See u next entry 
 
Love..Ainul;p

Wednesday, March 27, 2013

Testimonial Everlynn (Part 2) - What they say about Everlynn...

Assalamualaikum beautiful semua..semoga hari2 terus ceria dan positif selalu.
Okayyy..seperti yang dijanjikan here it is..Testimonial Everlynn (Part 2) - What they say about Everlynn...
Jom baca----------->
























Testimoni ni adalah pengguna-pengguna yang berpuas ati dengan Everlynn..apa yang penting harus rajin okeyy..xmo malas2 ye hihi..

If ade sesiapa yang nak info lanjut boleh rujuk Ainul dekat FB Ainul Hafizah / fan page Ainul Everlynn / sms 017-4635510


*Note : Semua testimoni di atas adalah hak milik Everlynn dan hasil dari puas hati pelanggan Everlynn pada stokis dan dealer ye.. :)

See u next entry 
 
Love..Ainul;p

Friday, March 22, 2013

Testimonial EVERLYNN (Part 1) - Let's pic talk


Assalamualaikum..alhamdulillah hari ni kembali sihat seperti biasa, dah sembuh dari demam..Yeayyy!!!

Hari ni nak share testimoni dari semua pengguna Everlynn, untuk Part 1 ni kite tengok pic2 testimonial dulu yerr..coming soon Testimonial Everlynn (Part 2) - What they say about Everlynn...
Jom tengok pic dulu okeyyyy----------->

Testimoni pertama haruslah come from me first,right?hihi..malu jugak nak tunjuk pic sendiri sebelum dan selepas tapi misi dan objektif untuk membantu lebih dari malu tu..so here is my testimony....
"dah sebulan lebih saya mengamalkan VCO Everlynn secara konsisten dan dah 3 minggu saya menggunakan EVERLYNN set 3 in 1..ni lah hasilnya SEBELUM dan SELEPAS, alhamdulillah..yang penting harus konsisten dan rajin.. :)"

Gambar (2 minggu selepas amalkan VCO)
-jerawat mula kecut.muka kurang berminyak.kekerapan membuang air kecil bagi proses membuang toksin.

Gambar (Pengambilan VCO berterusan dan 3 minggu selepas menggunakan set 3 in 1)
-Jerawat dah tiada,hanya jerawat kecil2 yg beransur hilang.hanya guna compact powder sj skang.

Lagi testimoni 
"testimonial for almost 3 weeks with everlynn...kulit rasa smooth je...sgt teruja dengan everlynn especially bb cream..bila bangun tido best je pegang2 kulit muka..masa kenduri adik 3 hari lepas ramai tegur kulit muka nampak cantik dan glowing je..lps ni nk try serum plak..;).. "- yanie
Testimonial from EVERLYNN user..PENGGUNAAN YG KONSISTEN NORMAL SET + COLLAGEN SERUM kulit tidak kering lagi +kusam serta kulit semakin lembab +scar jerawat makin hilang+ kulit makin cerah ..customer ini sgt HEPY :)yeayyy ♥
"Sebelum guna produk nie...muka sy kelihatan kusam....selepas 2 minggu menggunakan nya...terasa akan perubahan yg sangat ketara...terima kasih everlynn....kini terasa lebih berkeyakinan wajah kelihatan bersih dan putih...jeragat kini hilang...terasa seperti muda remaja..."
"Sebelum menggunakan produk EVERLYNN, kulit menggelupas/kering akibat tersilap memakai produk yang tidak bersesuaian dgn kulit wajah.Selepas sebulan penggunaan kulit wajah beransur pulih"
Testimonial pengguna Everlynn setelah 18 hari menggunakan produk Everlynn set normal + multiperfection cream
Testimoni pengguna EVERLYNN yang mengalami masalah kulit kering & tak sekata ;)))now dgn penggunaan set EVERLYNN 3 dalam 1 kulit semakin bersih & cerah..
"Setelah lebih 8bln menggunakan Everlynn Skincare normal set, collagen serum & collagen mask. Cuma start bulan puasa hrtu leha stop serum sbb nk tgk effect Apple Fibre Beauty + Collagen & Everlynn VCO. And here i am. Lps ni nk guna semula serum dan still continue yg lain. Alhamdullillah."
Lagi dan lagi testimoni pengguna Everlynn





















Haaaa..banyak kan testimoni dari pengguna Everlynn..testimoni ni datang dari dealer Everlynn seluruh Malaysia ye dan ia adalah hak milik Everlynn..mereka ni suma dah cuba dan berpuas hati dengan Everlynn. Everlynn dah banyak membantu mereka yang bermasalah.
Usaha, percaya dan yakin.Selebihnya bertawakal.
If ade sesiapa yang nak info lanjut boleh rujuk Ainul dekat FB Ainul Hafizah / fan page Ainul Everlynn / sms 017-4635510....consultation adalah free okeyhhh.. :)

See u next entry 
 
Love..Ainul;p