Wednesday, May 30, 2012

Mood : Cooking

Assalamualaikum..

Wahhh..hari ni aku memasak lagi hehe..excited pulak memasak sejak kebelakangan ni.Al-maklum lah orang baru kenal dunia dapur haha..Okay, hari ni untuk tengahari aku masak tomyam and resepi dari Encik Hubby aku sendiri..(Encik Hubby aku mmg pandai memasak..).Resepi yang aku rasa simple n  mudah..yang penting sedap..*wink..wink*..

Disebabkan hari ni sangat la teringin nak makan tomyam, so misi shopping bahan2 di Tesco n memasak pun bermula la..here we go--------->

RESEPI TOMYAM AYAM

 Ni la hasilnya..sedap tau n yang pastinya mudah nak masak..thank you Encik Hubby untuk resepi ni..

Bahan-bahannya :- (untuk 2 orang makan)
  1. 5-6 ketul ayam yang dibersihkan
  2. 5 ulas bawang putih - dikisar
  3. 1 biji bawang besar - dikisar
  4. Cili boh (mengikut citarasa dan tahap kepedasan masing-masing ye hihi...)
  5. Daun limau purut
  6. 1 biji limau nipis
  7. 1 tangkai serai 
  8. Bunga kobis
  9. Lobak merah
  10. 1 biji tomato
  11. Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :-  
  1. Tumis bahan yang dikisar, tak perlu terlalu lama. Kemudian masukkan cili boh (aku hanya masukkan sedikit je, lebih kurang 3 sudu besar sebab x tahan pedas sangat kui..kui..) dan tumis.
  2. Tambahkan air. Masukkan daun limau purut n then perahkan jus limau nipis ke dalam masakan tadi. Selepas tu masukkan serai yang diketuk.
  3. Biar seketika. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam masak. Sementara tu, leh la masukkan garam secukup rasa. 
  4. Kemudian, masukkan bunga kobis dan lobak merah..(aku masukkan kemudian sebab xnak sayur terlalu lembut sangat..). Agak-agak dah ok tu, leh la masukkan tomato dan biar seketika. 
  5. Siap!! Senang kan..
*Selamat mencuba;p (juadah minum petang lak aku buat kek batik which is my favourite..nanti aku share resepi kek batik yang mudah okay..peace..)

See u next entry 
Love..Ainul;p

Sunday, May 27, 2012

Hari Mengemas Sedunia Huhu..

Assalamualaikum..

Okay, hari ni hari Ahad dan aku sangat rajin terlebih haha..satu rumah aku kemas hari ni dari dapur sampai ke living room, bilik aku. Siap sapu sampah, mop lantai n vakum carpet lagi..pastu aku basuh suma baju yang ada.

Puas ati dapat tengok umah bersih hehe..sampai aku terlewat nak masak ari ni..disebabkan parents aku xde g Ipoh, ari ni aku terpaksa masak sendirian hoho..(dan yang sebenarnya aku memang xpandai masak tapi aku suka nak blaja masak okay hehe..)..Of course memang sekarang aku kena blaja masak sebab kena masak tuk encik suami..:)

Disebabkan aku xtau masak, terpaksa la aku google kat internet nak cari resepi kan..lastly terjumpa la blog Kak Ana (untuk masakan tengahari) yang buat aku semangat nak memasak..

Okay, pagi untuk breakfast aku buat ubi kayu rebus dengan sambal tumis..Oleh kerana ikan bilis habis (aku pun x sedar masa bila habis kui..kui..)..aku buat sambal tumis je, x jadi la sambal tumis ikan bilis..

Ubi kayu dengan sambal tumis yang dah siap hihi..I likeee..

RESEPI SAMBAL TUMIS

Bahan-bahannya :-
  1. 2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan (selalunya sambal tumis dimasak bersama ikan bilis)
  2. 1 biji bawang besar - dihiris berangkai
  3. 1/2 cawan jus asam jawa
  4. Gula dan garam secukup rasa
  5. 1 1/2 senduk nasi cili kisar 
  6. 6 biji bawang merah*
  7. 2 ulas bawang putih*
  8. 1/2 inci halia*
  9. 3/4 inci belacan
*bahan-bahan ini dikisar halus

Cara-cara membuatnya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
  2. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  3. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng hingga garing (aku hanya masukkan bawang besar sahaja sebab ikan bilis ku out of my stock he..) dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika dah ok boleh matikan api. 
*Selamat mencuba;p (sesuai dihidangkan pada waktu pagi or petang..kena plak ngan kopi 'o' panas kan..mmg ummpphhh lah hehe...)

Untuk tengahari lak, aku masak ayam masak halia yang resepinya aku amik dari blog Kak Ana tapi aku olah resepi tu sebab dalam resepi tu menggunakan daging. Disebabkan dalam freezer hanya ada ayam so aku pun mengolah la resepi tersebut..Alhamdulillah menjadi buat kali pertama hehe..I likeee..:)

Ayam masak halia aku..:)
Okay, ni resepi yang telah aku olah.,original resepi leh tengok kat blog Kak Ana ye. Thank you Kak Ana:)

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahannya :-
  1. 2 biji bawang besar* - dihiris (boleh tambah jika nak)
  2. 5 ulas bawang putih* - dihiris (boleh tambah jika nak)
  3. 1/2 inci halia* - dihiris
  4. 1 cili merah/hijau* - dihiris (boleh tambah jika nak)
  5. Sesudu kecil tepung jagung
  6. 2 sudu besar sos tiram
*untuk ditumis

Cara-cara membuatnya :-
  
1. Ambil kuali.Masukkan 3-4 sudu besar minyak masak.Tumis bahan-bahan hirisan. 

2. Tak perlu tunggu, terus ambil ayam masuk ke dalam kuali. Gaul sampai ayam bertukar warna seperti gambar di bawah ni.


3. Ambil secawan air dan masukkan sesudu tepung jagung ke dalam air tersebut dan kacau.Tuang bancuhan air tersebut ke dalam bahan tumisan tadi.
4. Tambahkan 2 sudu besar sos tiram ke dlm bahan-bahan td.Gaul sebati. Masukkan garam sedikit (x perlu banyak sebab sos tiram tu sendiri dah masin).
5. Last sekali, taburkan serbuk lada hitam yg jenis kasar/halus dalam masakan. Dah siap;)
Untuk sayur lak, aku masak simple je seperti gambar di bawah ni hehe..
*Selamat mencuba;p
See u next entry 
Love..Ainul;p

Friday, May 25, 2012

I'm sad..

 Assalamualaikum..

Skang ni, mcm2 perasaan yang aku rasa tapi yang pastinya aku teramat sedih..aku mohon / share doa semoga Allah S.W.T sentiasa kuatkan semangat aku untuk menghadapi cabaran hidup yang ketika ini aku rasa amat sukar sehingga menitiskan air mata..
 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ 
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendalah Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”


اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”


لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ 
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”


اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”

Amin..semoga aku terus tabah dan diberikan kekuatan olehNya..

See u next entry..

Love..Ainul;p

Tuesday, May 22, 2012

Selamat Datang Bulan Rejab

Assalamualaikum..

Selamat Datang Bulan Rejab

Hari ni 22 Mei 2012 bersamaan dengan 1 Rejab 1433H..Alhamdulillah, hari ni aku dapat menunaikan ibadah puasa..harap esok dapat meneruskan lagi ibadah ni di bulan yang baik ni.. 

Sabda Nabi s.a.w :
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w :
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Di sini, aku nak share sikit fadilat berpuasa di bulan Rejab. Harap dapat dijadikan panduan yang berguna ye untuk kawan2 semua..:)

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 


Banyak kan fadilat bulan Rejab ni? Actually, aku berpendapat mmg elok kite berpuasa di bulan Rejab ni, salah satunya mendapat ganjaran dari Allah S.W.T seperti di atas la kan..tapi di samping tu kite leh melatih perut dan sistem penghadaman kite sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan nanti..tul x?

Peristiwa penting yang terdapat dalam bulan Rejab adalah :
  • Hari Israk Mikraj - 27 Rejab
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam - malam Israk Mikraj
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
 
DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Okay,sampai di sini dulu..diharap apa yang aku share kat sini dapat menambahkan pengetahuan kite bersama..esok nak berpuasa lagi..Gudnite everbody:)

Akhir kata, 'RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL'
(ayat Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah)..;p

See u next entry 

Love..Ainul;p

 

Sunday, May 20, 2012

MY NEW CHAPTER LIFE BEGIN..

Assalamualaikum..

First of all kepada kawan-kawan yang pernah baca my blog before..dah delete previous entry sebab ianya mengaitkan dengan my old life yang rasanya tak selesa dan tak sesuai untuk diingati huhu..

So, untuk my first entry kali ini dan seterusnya adalah my new chapter life yang amat aku syukuri kini pada Allah S.W.T. yang telah memberi kerahmatan dan kebahagiaan dalam hidup aku.
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Allah turunkan hujan dan kilat.Kita tertanya tanya ke mana perginya matahari.Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi". Dalam erti kata lain semua perkara pasti ada hikmah di sebaliknya..*wink..wink*;p

My Solemnization Day : Cantik tak?..*wink..wink*..
Ni edit sendiri dengan bantuan http://www.smilebox.com 

Me with my husband at solemnization day : Friday, 27.01.2012
Alhamdulillah, now I'm married and so deeply in love with my husband, Mohd Farid bin Salleh yang mana aku sendiri pun tidak menyangka pertemuan singkat kami akhirnya sehingga ke jinjang pelamin..*wink..wink* (mood : happy)..;p


 My Family : Cute kan pic ni..sangat likeee..*wink..wink*

My new family..syukur sangat ke hadrat Ilahi diberikan keluarga baru yang sangat baik dan penyayang.. especially my mother-in-law..sisters and brothers-in-law yang sporting and caring..;p

Acara suap menyuap kek hihi..mmg suprise sebab tengah kusyuk amik gambar posing sakan kat pelamin tetiba makcik2 n sepupu2 aku ramai2 nyanyi lagu "Happy Birthday To You", siap bawak kek lagi nak soh aku tiup lilin..terkejut n terharu jugak sebab seminggu sebelum tu memang birthday aku, 21 Januari 2012..so celebrate sekali la..*wink..wink*;p

My portraiture picture..very nice kan?likeee sangat;p

Sangat likeee gambar ni sebab nampak aku sangat manje dengan my laling hihi..*wink..wink*


 Hopefully, hubungan kami kekal hingga ke pintu syurga..Amin..juga doakan kami supaya cepat2 dapat baby ye..*wink..wink*

Stop kat cni dulu ye..rasanya cukup la untuk entri perkenalan ye..

See you next entry..

Love..Ainul;p