Assalamualaikum..
Okay, hari ni hari Ahad dan aku sangat rajin terlebih haha..satu rumah aku kemas hari ni dari dapur sampai ke living room, bilik aku. Siap sapu sampah, mop lantai n vakum carpet lagi..pastu aku basuh suma baju yang ada.
Puas ati dapat tengok umah bersih hehe..sampai aku terlewat nak masak ari ni..disebabkan parents aku xde g Ipoh, ari ni aku terpaksa masak sendirian hoho..(
dan yang sebenarnya aku memang xpandai masak tapi aku suka nak blaja masak okay hehe..)..Of course memang sekarang aku kena blaja masak sebab kena masak tuk encik suami..:)
Disebabkan aku xtau masak, terpaksa la aku google kat internet nak cari resepi kan..lastly terjumpa la blog
Kak Ana (untuk masakan tengahari) yang buat aku semangat nak memasak..
Okay, pagi untuk breakfast aku buat ubi kayu rebus dengan sambal tumis..Oleh kerana ikan bilis habis (
aku pun x sedar masa bila habis kui..kui..)..aku buat sambal tumis je, x jadi la sambal tumis ikan bilis..
|
Ubi kayu dengan sambal tumis yang dah siap hihi..I likeee.. |
|
|
RESEPI SAMBAL TUMIS
Bahan-bahannya :-
- 2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan (selalunya sambal tumis dimasak bersama ikan bilis)
- 1 biji bawang besar - dihiris berangkai
- 1/2 cawan jus asam jawa
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 1/2 senduk nasi cili kisar
- 6 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 3/4 inci belacan
*bahan-bahan ini dikisar halus
Cara-cara membuatnya :-
- Panaskan
minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili
kisar dan tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan jus asam jawa, perasakan
dengan garam sedikit, gula secukupnya.
Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
- Masukkan ikan bilis yang dah digoreng hingga garing (aku hanya masukkan bawang besar sahaja sebab ikan bilis ku out of my stock he..)
dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika dah ok boleh matikan api.
*Selamat mencuba;p (sesuai dihidangkan pada waktu pagi or petang..kena plak ngan kopi 'o' panas kan..mmg ummpphhh lah hehe...)
Untuk tengahari lak, aku masak ayam masak halia yang resepinya aku amik dari blog Kak Ana tapi aku olah resepi tu sebab dalam resepi tu menggunakan daging. Disebabkan dalam freezer hanya ada ayam so aku pun mengolah la resepi tersebut..Alhamdulillah menjadi buat kali pertama hehe..I likeee..:)
|
Ayam masak halia aku..:) |
Okay, ni resepi yang telah aku olah.,original resepi leh tengok kat blog
Kak Ana ye. Thank you Kak Ana:)
RESEPI AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahannya :-
- 2 biji bawang besar* - dihiris (boleh tambah jika nak)
- 5 ulas bawang putih* - dihiris (boleh tambah jika nak)
- 1/2 inci halia* - dihiris
- 1 cili
merah/hijau* - dihiris (boleh tambah jika nak)
- Sesudu kecil tepung jagung
- 2 sudu besar sos tiram
*untuk ditumis
Cara-cara membuatnya :-
1. Ambil
kuali.Masukkan 3-4 sudu besar minyak masak.Tumis bahan-bahan hirisan.
2. Tak perlu tunggu, terus ambil ayam masuk ke dalam
kuali. Gaul sampai ayam bertukar warna seperti gambar di bawah ni.
3. Ambil secawan air dan masukkan sesudu tepung jagung ke dalam air tersebut dan kacau.Tuang bancuhan air tersebut ke dalam bahan tumisan tadi.
4. Tambahkan 2 sudu besar sos tiram ke dlm bahan-bahan td.Gaul sebati. Masukkan
garam sedikit (x perlu banyak sebab sos tiram tu sendiri dah masin).
5. Last sekali,
taburkan serbuk lada hitam yg jenis kasar/halus dalam masakan. Dah siap;)
Untuk sayur lak, aku masak simple je seperti gambar di bawah ni hehe..
*Selamat mencuba;p
See u next entry
Love..Ainul;p