Wednesday, May 30, 2012

Mood : Cooking

Assalamualaikum..

Wahhh..hari ni aku memasak lagi hehe..excited pulak memasak sejak kebelakangan ni.Al-maklum lah orang baru kenal dunia dapur haha..Okay, hari ni untuk tengahari aku masak tomyam and resepi dari Encik Hubby aku sendiri..(Encik Hubby aku mmg pandai memasak..).Resepi yang aku rasa simple n  mudah..yang penting sedap..*wink..wink*..

Disebabkan hari ni sangat la teringin nak makan tomyam, so misi shopping bahan2 di Tesco n memasak pun bermula la..here we go--------->

RESEPI TOMYAM AYAM

 Ni la hasilnya..sedap tau n yang pastinya mudah nak masak..thank you Encik Hubby untuk resepi ni..

Bahan-bahannya :- (untuk 2 orang makan)
  1. 5-6 ketul ayam yang dibersihkan
  2. 5 ulas bawang putih - dikisar
  3. 1 biji bawang besar - dikisar
  4. Cili boh (mengikut citarasa dan tahap kepedasan masing-masing ye hihi...)
  5. Daun limau purut
  6. 1 biji limau nipis
  7. 1 tangkai serai 
  8. Bunga kobis
  9. Lobak merah
  10. 1 biji tomato
  11. Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :-  
  1. Tumis bahan yang dikisar, tak perlu terlalu lama. Kemudian masukkan cili boh (aku hanya masukkan sedikit je, lebih kurang 3 sudu besar sebab x tahan pedas sangat kui..kui..) dan tumis.
  2. Tambahkan air. Masukkan daun limau purut n then perahkan jus limau nipis ke dalam masakan tadi. Selepas tu masukkan serai yang diketuk.
  3. Biar seketika. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam masak. Sementara tu, leh la masukkan garam secukup rasa. 
  4. Kemudian, masukkan bunga kobis dan lobak merah..(aku masukkan kemudian sebab xnak sayur terlalu lembut sangat..). Agak-agak dah ok tu, leh la masukkan tomato dan biar seketika. 
  5. Siap!! Senang kan..
*Selamat mencuba;p (juadah minum petang lak aku buat kek batik which is my favourite..nanti aku share resepi kek batik yang mudah okay..peace..)

See u next entry 
Love..Ainul;p

No comments: